fbpx
Arifai (tengah) menunjukkan sebahagian daripada bungkusan mengandungi dadah yang dirampas menerusi satu serbuan di Sri Gombak, Khamis lalu.

Lelaki sewa kereta untuk edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Tindakan licik seorang lelaki menggunakan kereta sewa untuk mengaburi pihak berkuasa ketika melakukan aktiviti pengedaran dadah terbongkar apabila dia ditahan dalam satu serbuan di Sri Gombak di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek ditahan dalam serbuan pukul 1 tengah hari dan pihaknya turut merampas lima bungkusan mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat satu kilogram setiap satu.

“Semua dadah yang dirampas bernilai RM225,000 dan mampu dibekalkan kepada kira-kira 10,000 penagih dadah.

“Polis percaya bekalan dadah yang diperoleh di Lembah Klang itu untuk diedarkan kepada penagih di kawasan sama,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Tambah beliau, modus operandi lelaki itu adalah menggunakan kereta sewa bagi menjalankan kegiatan tersebut sejak mula aktif kira-kira dua bulan lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta semakan rekod lampau mendapati dia tidak memiliki sebarang rekod. Dengan penahanan lelaki tersebut, kita berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 12 hingga 18 Mac ini bagi membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI