fbpx
Shamshun (dua dari kanan) bersama Azmi (dua dari kiri) menunjukkan cakera padat sempena Majlis Pelancaran Cakera Padat Pencegahan (CPP) di Ibu Pejabat SPRM Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

Kartel daging: SPRM tunggu arahan Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku di sebuah gudang di Senai, dua minggu lalu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, pihaknya menjalankan siasatan secara terperinci sejak bulan Disember tahun lalu bagi mengumpulkan bukti berkaitan.

Katanya, seramai 12 orang suspek telah dikenal pasti terlibat dengan kes kartel daging yang terdiri daripada pemilik syarikat, kakitangan agensi kerajaan dan penguatkuasa serta agen penghantar.

“Kes kartel daging ini telah disiasat sejak bulan Disember lalu, dimana kertas siasatan telah pun siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Peguam Negara akan buat keputuasan, jika dibenarkan dakwa kita akan dakwa. Apa pun pegawai SPRM Johor telah kumpulkan bukti dan kemukakan seramai 12 suspek yang terlibat dengan kartel daging,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran CPP ( Cakera Padat Pencegahan) di SPRM Johor di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya ( Pencegahan ) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Akhbar tempatan pada 2 Disember lalu, menerusi laporan khas membongkar kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan.

Serbuan dilakuka Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan bebeberap agensi lain di sebuah gudang di Senai itu mendedahkan kegiatan kartel daging berkenaan.-K! ONLINE