fbpx

Daesung sorok identiti dalam YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAESUNG

PEMINAT sedia maklum dengan penyanyi Daesung yang sejak beberapa bulan lalu semakin berjinak-jinak bermain dram secara aktif.

Dalam sebuah laporan eksklusif, Daesung sebenarnya mempunyai sebuah akaun YouTube ‘anonymous’ atau tanpa diketahui identitinya dan sangat aktif berkongsi kandungan video bermain dram.

Namun begitu, dia tidak pernah mendedahkan wajah sebenar dalam semua kandungan yang dikongsi menerusi platform tersebut.

Sejak mula aktif memuat naik video pada Jun tahun lalu, Daesung menonjolkan bakatnya bermain dram untuk lagu-lagu popular K-pop.

Antara yang pernah dimainkannya seperti lagu daripada kumpulan Blackpink, WINNER dan Big Bang sendiri.

Sejak laporan tersebut diterbitkan, akaun YouTube Daesung diserbu peminat yang kemudian mula berminat mengikutinya sehingga dia kini mencatat jumlah pengikut seramai lebih 153,000 dalam masa yang cukup singkat.

Sedangkan sebelum laporan tersebut didedahkan, akaunnya cuma mempunyai seramai 81 pengikut sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI