fbpx

Maut rempuh lori tembikai terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Heri Hero Mazari maut selepas motosikal Kawasaki Ninja 650 ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan tembikai yang terbabas di KM 157, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Keterujaan seorang operator pengeluaran kilang mencuba motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Ninja 650 milik bapanya bertukar tragedi apabila dia menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 157, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru dekat sini, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Heri Hero Mazari Roslan, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala pada pukul 7.50 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, insiden itu terjadi selepas motosikal, Kawasaki Ninja 650 yang ditunggangi pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Pahang itu gagal mengelak lalu merempuh sebuah lori membawa muatan tembikai yang terbabas di laluannya.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Heri Hero Mazari dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Perasing, Jabor dekat sini selepas mengambil motosikal berkuasa tinggi itu dari rumah bapanya di Bandar Cheneh Baru dekat sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan tembikai yang berada di laluan bertentangan tiba-tiba hilang kawalan selelas salah satu tayar belakangnya bocor.

“Lori yang dipandu lelaki berusia 47 tahun berkenaan seterusnya terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum motosikal berkuasa tinggi dinaiki mangsa gagal mengelak lalu merempuhnya,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, Mohamad Heri Hero yang cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Tambah beliau, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN