fbpx
LELAKI ini mendakwa mampu makan 250 gram batu setiap hari. -INDIA.COM

Ketagih makan batu lebih 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang lelaki warga emas di negeri Maharasthra, India mampu bertahan dengan hanya makan batu setiap hari sejak 32 tahun lalu, lapor portal Detik Food kelmarin.

Ramdas Bodke, 78, yang tinggal di kampung Adarki Khurd makan 250 gram batu setiap hari dan mengamalkan rutin itu setelah mengalami sakit perut secara berterusan.

Ramdas telah berubat di merata-rata tempat, namun penyakitnya tidak sembuh.

Dia yang tidak tahan menanggung kesakitan akhirnya mengikut saranan seorang penduduk di kampungnya untuk mengganti makanan dengan batu.

Ramdas mengakui tidak lagi berasa sakit perut dan meneruskan amalan makan batu  hingga berpuluh tahun lamanya.

Diet pemakanan yang aneh dan ekstrem itu dibantah anggota keluarga lelaki itu yang bimbang dengan kesihatan dirinya.

Begitupun, kerana ketagih makan batu, Bodke mengambil keputusan memakannya secara bersembunyi.

Menurut beberapa pakar perubatan, ketagihan makan batu itu dikaitkan dengan masalah mental yang dihadapi Bodke. – Agensi