fbpx

Empat persimpangan bertingkat dijangka siap akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar (kiri) ketika meninjau salah satu projek persimpangan bertingkat di Jalan UMS.

KOTA KINABALU – Empat persimpangan bertingkat yang sedang giat dibina sepanjang laluan Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap akhir tahun ini.

Empat persimpangan bertingkat terbabit adalah Persimpangan Bertingkat Kingfisher, Persimpangan Bertingkat UMS, Persimpangan Bertingkat Rampayan dan Persimpangan Bertingkat Indah Permai.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pembinaan semua persimpangan bertingkat itu dilihat mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna jalan raya antara kawasan Sepanggar dan pusat bandar.

“Semua projek berkenaan perlu disiapkan serentak agar tiada lagi masalah aliran trafik yang teruk hanya disebabkan kerja pembinaan belum siap.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah juga sedang berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Pusat dan berharap penyalurannya dipercepatkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, banyak rungutan sering diterima pihaknya berkaitan kesesakan lalu lintas membabitkan semua laluan persimpangan bertingkat itu yang dipercayai ekoran pelaksanaan projek berlarutan kira-kira lima tahun.

“Orang selalu bising tentang kesesakan di kawasan-kawasan ini selain projek sudah lima tahun namun tidak siap-siap, bagaimanapun kita dimaklumkan aliran trafik baik cuma jalan yang ada sekarang harus dinaik taraf.

“Naik taraf ini mengambil masa kira-kira 10 hari. Saya berharap pengguna jalan raya dapat sedikit sabar sementara kita cuba menyelesaikan semua masalah yang ada.” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI