fbpx

Taeyang pun peminat The Penthouse 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYANG

ANGGOTA kumpulan Big Bang, Taeyang baru-baru ini mendedahkan dia merupakan salah seorang peminat bagi drama fenomena The Penthouse 2 yang kini disiarkan menerusi saluran SBS.

Buktinya, beberapa hari lalu dia ada memuat naik sebuah hantaran berupa klip video pendek merakamkan bunyi burung berkicauan dalam Instagram miliknya.

“Burung jenis apa yang berkicau seperti ini,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pun begitu, soalan Taeyang dibalas dengan pertanyaan daripada seorang peminat yang menyoalnya adakah dia menonton The Penthouse 2.

Taeyang, 33, lantas menjawab pertanyaan tersebut dengan menulis: “Ya, R.I.P (rest in peace) Bae Ro-na.”

Reaksi dan jawapan tersebut menarik perhatian peminatnya yang tidak menyangka Taeyang turut terjebak dengan drama bersiri tersebut.

Episod minggu lalu menyaksikan Bae Ro-na lakonan Kim Hyun-soo meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga akibat ditolak Ha Eun-byeol (Choi Ye-bin).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI