fbpx

Empat sekeluarga selamat dikebumi dalam satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat sekeluarga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sega hari ini.

RAUB – Jenazah empat beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sega kira-kira pukul 1.30 petang hari ini.

Keempat-empat mangsa yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak berumur tujuh dan 13 tahun dikebumikan dalam satu liang lahad.

Terdahulu keempat-empat mangsa dimandi dan disembahyangkan di Hospital Raub.

Semalam lima maut termasuk empat sekeluarga yang terdiri daripada suami isteri dan dua anak selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Muhamad Fadzli Aming,45, isterinya Nur Asyitah Abu Samah,44,dan dua anaknya, Muhammad Iqmal, 13, dan Irina Nur Qhalesya,7, serta seorang penumpang pacuan empat roda Wan Syahrul Munif Wan Jaffar, 44.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Kuala Lumpur hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI