fbpx

DLMI jual tapak kilang kepada UEM Land

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (DLMI) bercadang untuk menjual tapak kilangnya di Petaling Jaya (PJ), Selangor kepada UEM Land Bhd. pada nilai RM200 juta, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

Produk tenusu halal DLMI te­lah dihasilkan menerusi fasili­ti di PJ sejak tahun 1963.
Pengarah Urusannya, Tarang Gupta berkata, pihaknya akan meneruskan pengeluaran di PJ sehingga fasiliti baharunya di Bandar Enstek, yang lebih besar dan sofistikated siap sepenuh­nya kira-kira tiga tahun lagi.

“Kami optimis terhadap prospek tinjauan perniagaan dan pemulihan ekonomi domestik serta pasaran luar negara.

“DLMI akan terus menggunakan strategi baharu untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Selepas proses penjualan selesai, DLMI akan menyewa tapak tersebut daripada UEM Land sementara menunggu fasiliti baharunya siap.

Pada Mac tahun lalu, syarikat telah mengumumkan langkah meningkatkan keupayaan pengeluarannya dengan membeli tanah berukuran 13.18 hektar, bernilai RM56.79 juta di taman teknologi halal Bandar Enstek HALMAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI