fbpx

Syarat kemasukan PDRM bagi bukan Bumiputera dilonggarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melonggarkan syarat kepada mana-mana calon bukan Bumiputera dan Orang Asli yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan konstabel tanpa perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kelonggaran bagi membolehkan lebih ramai warganegara bukan bumiputera menyertai PDRM pada pengambilan khas yang dibuka mulai 18 hingga 31 Mac ini.

“Kelonggaran syarat itu diberi bagi permohonan jawatan konstabel Gred YA1 lelaki dan perempuan menerusi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera. Ia juga sebagai galakan supaya lebih ramai rakyat di negara ini menyertai PDRM.

“Bagaimanapun, mereka yang terpilih ke dalam jawatan perlu menduduki semula subjek Bahasa Melayu peringkat SPM dalam tempoh enam tahun mereka berkhidmat dan perlu lulus dengan kepujian. Sekiranya masih gagal dalam tempoh enam tahun, khidmat mereka akan ditamatkan,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, individu yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

“Pemohon harus berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh permohonan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf kerajaan.

“Individu bukan Bumiputera yang pernah memohon sebelum ini boleh membuat permohonan baharu namun keutamaan diberi kepada pemohon bukan Bumiputera yang boleh bertutur serta menulis dalam bahasa Cina, Tamil dan bahasa ibunda lain,” ujarnya.

Katanya, pemohon hanya perlu memiliki satu kepujian untuk mana-mana subjek peringkat SPM dan lulus empat mata pelajaran lain atau lulus Sijil Vokasional Malaysia. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI