fbpx

Meteorit berusia 4.6 bilion tahun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
METEORIT yang ditemui di Gurun Sahara tahun lalu ini lebih tua daripada usia Bumi. - MAIN MINERAL AND GEM MUSEUM/DARRYL PITT

LONDON – Ketulan meteorit dari masa lampau dikenali sebagai achondrite yang ditemui di Gurun Sahara tahun lalu dikenal pasti berasal dari sebuah protoplanet yang terbentuk sebelum kewujudan Bumi, lapor akhbar Daily Mail.

Protoplanet adalah jasad besar di angkasa lepas yang mengelilingi bintang dan dipercayai membentuk sebuah planet.

Pakar-pakar percaya meteorit dinamakan EC 002 itu berusia 4.6 bilion tahun dan terdiri daripada batuan gunung berapi mengandungi sodium, besi dan magnesium.

Bumi dikatakan berusia 4.543 bilion tahun.

Menurut pasukan pengkaji dari Perancis dan Jepun, batu tersebut pada asalnya cecair lahar,  namun menyejuk, seterusnya mengeras selama 100,000 tahun untuk membentuk ketulan seberat 31 kilogram.

Meteorit itu juga mengandungi 58 peratus silikon dioksida, menjadikannya bersifat lebih jarang berbanding batu angkasa lepas yang ditemui di Bumi sebelum ini.

Ia ekoran batuan dengan ciri tersebut biasanya ditemui di kawasan gunung berapi.

Mereka turut memaklumkan bahawa tiada asteroid yang ditemui mempunyai ciri sama dengan meteorit berkenaan.

“Tiada asteroid yang mempunyai ciri seperti EC 002 menunjukkan bahawa hampir semua  tempat asalnya telah hilang, sama ada ia membentuk planet lain atau telah musnah,” kata pasukan kajian itu dalam komen yang diterbitkan jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI