fbpx
Seorang penunggang motosikal maut selepas gagal mengelak seekor lembu dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Bulat, Alor Gajah Melaka.

Lelaki maut langgar lembu betina melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangi melanggar seekor lembu betina yang melintas di Jalan Bukit Bulat di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa Abdul Bahrin Hamid, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala ke Felda Solok Menggong.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak seekor lembu yang berada di laluannya dan melanggar haiwan tersebut.

“Akibat rempuhan itu mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, siasatan di lokasi kejadian turut menemukan lembu tersebut yang terselamat, selain terdapat kesan geseran dan serpihan di tempat kejadian.

“Bagaimanaupun siasatan lanjut masih diteruskan. Motosikal ditunggangi mangsa juga telah dibawa di Balai Polis Trafik Alor Gajah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI