fbpx

Siti ada lagu untuk adik Aafiyah? Akui sukar menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI kini sedang sarat hamil dengan usia kandungannya lapan bulan.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdepan dengan cabaran daripada segi pernafasan ketika menjalani proses rakaman album kanak-kanak terbaharunya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, penyanyi berusia 42 tahun itu mengakui berdepan dengan cabaran ketika menyanyi memandangkan kandungannya kini hampir memasuki usia lapan bulan.

“Dalam proses rakaman album kanak-kanak terbaharu. Memang tidak dinafikan ada cabaran daripada segi pernafasan.

“Maklumlah sudah hampir lapan bulan (hamil) dan jarang menyanyi sepanjang kehamilan. Tetapi alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua. Terima kasih pasukan saya yang bekerja keras menyiapkan album ini,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagramnya.

Sementara itu, perkongsian Siti tentang pembikinan album lagu kanak-kanak terbaharunya turut menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan buah tangan daripada penyanyi kesayangan ramai itu.

Ada juga peminat menjangkakan Siti turut merakamkan sebuah lagu khas untuk anak keduanya kelak.

“Tak sabar nak dengar lagu untuk adik Aafiyah,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Sebelum ini, Siti atau mesra disapa Tokti pernah merakamkan sebuah lagu kanak-kanak berjudul Comel Pipi Merah yang diciptakan khas untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, Siti Aafiyah pada 2018.

Awal Disember lalu, Siti mengumumkan beliau sedang hamil empat bulan selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Untuk kehamilan kedua, Siti bakal dikurniakan anak lelaki dan akan diberi nama dengan pangkal huruf A. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI