fbpx

Dr. Maziah dilantik KSU KPWKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maziah

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengumumkan pelantikan Dr. Maziah Che Yusoff sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkuatkuasa pada hari ini.

Mohd. Zuki berkata,  Maziah, 54, berkelulusan Doktor Falsafah Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Leeds, United Kingdom, Sarjana Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Toledo, Ohio, Amerika Syarikat.

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos pada 1 Disember 1992.

“Selain itu, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk perancangan dan penyelidikan, ekonomi dan pembangunan modal insan serta pernah  berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zuki berkata, Maziah juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Kuster Ekonomi dan Kewangan di Institut Tadbiran Awam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan visi kementerian sebagai peneraju utama dalam mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentukan negara maju yang terbilang,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI