fbpx

Sijil pengecualian vaksin Covid-19 sedang diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi menggantikan pasport vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan akan berlaku adil kepada kumpulan individu tersebut bagi makluman kepada negara luar.

“Kita akan memberikan sijil digital kepada semua yang telah menerima vaksin untuk dos kedua melalui aplikasi MySejahtera. Melalui sistem itu, kita akan memberi maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain supaya mereka dapat iktiraf sistem negara ini dan itu boleh diguna pakai sebagai bukti bahawa rakyat atau penduduk negara ini sudah divaksin.

“Namun atas prinsip keadilan bagi mereka yang tidak boleh menerima suntikan vaksin, contohnya golongan yang ada risiko kesihatan atau alahan serius, kita sedang mempertimbangkan untuk memberi sijil pengecualian,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin, Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini hari ini.

Jelasnya, sijil pengecualian tersebut adalah bagi menyatakan bahawa golongan tersebut adalah mereka yang memang tidak boleh divaksin kerana masalah kesihatan atau alahan, bukan mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI