fbpx
GAMBAR kenangan Wan Mohd. Hafizam bersama Mohd. Afiq.

‘Saya bukan gila glamor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apa yang saya lakukan bukanlah semata-mata mahu mengejar nama atau meraih populariti, malah tidak terlintas di hati untuk menjual organ saya kepada Allahyarham Mohd. Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 22 tahun lalu.”

Demikian luahan penderma hati, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail, 45, yang terbuku dalam ha­tinya sebelum ini yang disuarakan kepada Kosmo! semalam selepas lebih seminggu pemergian Mohd. Afiq ketika usianya 23 tahun.

Peristiwa 22 tahun lalu itu masih meninggalkan kesan terhadap Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia itu apabila banyak pihak menyuarakan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan usaha yang dilakukannya ketika itu.

Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail

Wan Mohd. Hafizam yang mendermakan 30 peratus organ hatinya kepada penerima hati pertama di Malaysia itu berkata, dia turut menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak terhadap niatnya untuk mendermakan sebahagian hati kepada Mohd. Afiq.

“Antaranya ialah seorang wanita yang mempersoalkan tindakan saya. Dia mendakwa saya hanya mahu mengejar nama dan seperti ingin menjual organ,” katanya dalam temu bual khas bersama Kosmo! semalam.

Wan Mohd. Hafizam membe­ritahu, beliau kemudian telah berjumpa wanita itu dan mene­rangkan niatnya secara baik.

GAMBAR kenangan Wan Mohd. Hafizam (kiri) mengusap kepala Mohd. Afiq ketika berusia setahun pada Januari 1999.

“Saya memberitahu, sekiranya anak dia mengalami nasib yang sama seperti Mohd. Afiq dan saya datang menderma sebahagian hati saya, adakah wanita itu akan berkata sedemikian.

“Selepas mendengar penera­ngan saya, wanita itu akhirnya meminta maaf dan menyesal kerana mengeluarkan kata-kata sebegitu. Saya pun tidak menyimpan dendam terhadap wanita ber­kenaan,” ujarnya.

Menurutnya, pada awalnya, beliau cuba merahsiakan daripada banyak pihak mengenai ­niatnya untuk mendermakan hati kepada Mohd. Afiq.

Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail (Baju coklat) sedih menatap pusara Muhammad Afiq Ikmal Muhamad Zaini yang menjadi penerima hati pertama negara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di pekarangan Masjid Al-Barakah, Tikam Batu, Sungai Petani hari ini. -SHAHIR NOORDIN

“Saya tidak mahu niat saya membantu akan disalah erti dan saya cuba merahsiakan tindakan itu pada awalnya, namun kisah tersebut mula mendapat liputan meluas.

“Niat saya hanya untuk membantu dan ikhlas, apalah sangat pengorbanan saya di muka bumi ini untuk menolong individu seagama dengan saya,” katanya.

Kisah dua insan itu pernah menggemparkan negara pada 22 tahun lalu selepas Wan Mohd. Hafizam mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd. Afiq yang ketika itu berusia 14 bulan. Kedua-dua mereka tiada pertalian darah.

Bagaimanapun, Mohd. Afiq menghembuskan nafas ter­akhir di Hospital Selayang pukul 5.30 pagi pada 2 Mac lalu akibat komplikasi hati selepas 18 hari bertarung nyawa.

Jenazah Allahyarham Mohd. Afiq selamat dikebumikan di Kampung Masjid Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Wan Mohd. Hafizam pula menyifatkan pemergian arwah seolah-olah membawa bersama separuh nyawanya menghadap Ilahi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN