fbpx

IKRAM : Beri kerjasama siasat kematian Nik Khatijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

PETALING JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis melibatkan kematian kakitangannya yang juga Pengurus Jabatan Advokasi, Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Pejabat Setiausaha Agung IKRAM dalam satu kenyataan berkata, sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media, kes kematian arwah kini di bawah siasatan pihak polis.

“Justeru itu, IKRAM telah, sedang dan akan terus memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kebajikan keluarga dan waris arwah juga sedang diuruskan. Mohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan keluarga dan sahabat handai,” ujarnya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kematian arwah hari ini amat mengejutkan seluruh kakitangan IKRAM.

“Marilah kita sama-sama menitipkan doa semoga roh arwah dicucuri rahmat dan memperoleh keampunan daripada ILLAHI,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan mangsa merupakan individu yang sama dilaporkan hilang pada Sabtu lalu iaitu Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Sebagai rekod, mangsa juga merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI