fbpx
Datuk Aidi Ismail (tengah) menunjukkan barang rampasan dalam sidang akhbar hari ini.

Polis Sarawak patahkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM260,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Polis Sarawak telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam cubaan menyeludup pil ecstacy dan dadah syabu bernilai lebih RM260,000 di sekatan jalan raya KM30, Jalan Serian-Tebedu, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, bekalan dadah terbabit disyaki dibawa dari Kuching untuk dihantar ke sumber lain di Tebedu, yang kemudiannya akan diseludup ke negara jiran.

“Semasa menjalankan tugas Ops Benteng sekitar pukul 5 pagi, petugas sekatan jalan raya telah menahan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki berusia 35 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah 0.73 gram dadah jenis methamphetamine (syabu) dan sejumlah 14,880 biji pil disyaki pil ecstacy dengan nilai anggaran RM267,940.

“Manakala nilai pasaran bekalan dadah ini di Indonesia dianggarkan mencecah kepada RM1,041,600 dengan anggaran mampu diedarkan kepada 49,600 orang penagih,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam penghantaran bekalan dadah ke Tebedu untuk pembayaran sebanyak RM3,000 kerana mengalami kesusahan hidup.

Turut dirampas adalah kenderaan berkenaan dan wang tunai RM500.

Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah setelah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Serian dan akan direman sehingga 12 Mac depan untuk membantu siasatan.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI