fbpx

Lelaki terkejut ular tedung dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular ini menjelirkan lidahnya sebelum menghilangkan diri di kediaman Ray di Phsar Prom, wilayah Pailin, Kemboja minggu lalu. - VIRAL PRESS

PHNOM PENH, Kemboja – Seorang lelaki terkejut apabila seekor ular tedung keluar dari mangkuk tandas sebelum dia sempat menggunakannya di rumahnya di Phsar Prom, wilayah Pailin awal bulan ini, lapor akhbar Daily Mail.

Lelaki tersebut, Ray Sopha pada mulanya menyangka apa yang dilihatnya di dalam mangkuk tandas tersebut adalah najis namun menyedari ia merupakan seekor ular tedung.

Menerusi satu rakaman, ular itu dilihat berputar-putar di dalam mangkuk tandas berkenaan setelah Ray mengepamnya.

Bagaimanapun, ia tidak berjaya dipam oleh Ray sebelum mengeluarkan kepalanya dan menjelirkan lidah berulang kali.

Ray cuba mendapatkan bantuan ahli keluarganya namun apabila mereka tiba di tandas berkenaan, ular tersebut telah hilang.

“Sejak itu, kami tidak lagi menggunakan tandas berkenaan dan tidak akan ke sana sehinggalah betul-betul pasti ia tidak akan kembali,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI