fbpx

BTS singkir Taylor Swift, Eminem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

KUMPULAN fenomena BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila mengungguli anugerah IFPI Global Recording Artist 2020 yang diumumkan baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut menjadikan ini merupakan kali pertama kumpulan itu dinobatkan sebagai pemenang. Terdahulu, mereka pernah menduduki kedudukan kedua dan ketujuh masing-masing pada 2018 dan 2019.

Lebih manis, kemenangan kumpulan dianggotai tujuh jejaka itu mengenepikan pesaing hebat lain yang terdiri daripada artis popular antarabangsa.

Antara nama besar yang kalah di tangan BTS ialah Taylor Swift, Drake, The Weeknd, Billie Eilish, Eminem, Post Malone, Ariana Grande dan Justin Bieber.

Menurut Ketua Eksekutif IFPI, France Moore, kemenangan BTS dipengaruhi oleh kuasa fenomena kumpulan itu yang meledak bukan sahaja di negara Asia bahkan seluruh dunia.

“BTS adalah kumpulan fenomena global. Mereka sekali lagi mencatat sejarah untuk tahun bermakna, menghasilkan tiga buah album dan mencipta kreativiti menerusi muzik sebelum dikongsikan kepada dunia.

“Mereka benar-benar membuktikan bahawa muzik mampu membawa kebahagiaan kepada dunia. Tahniah kepada BTS. Kami tidak sabar menantikan projek seterusnya daripada mereka selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI