fbpx

Tak serik, Sharifah Sakinah belanja foto ‘mengundang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Sharifah Sakinah sekali lagi mengundang kecaman netizen selepas memuat naik gambar seksi dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila memuat naik foto ‘belanja’ usai melakukan senaman.

Dalam hantaran tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkongsi sekeping foto dengan penampilan dan gaya yang mencolok mata sehingga mengundang perhatian pengikutnya dalam laman sosial.

“It’s a wrap! (selesai) Esok cuti,” ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu ringkas selepas membakar 600 kalori ketika bersenam.

Ternyata perkongsian foto Sakinah memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya ‘manja’ kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran pelakon tersebut.

“Sebagai wanita yang beragama Islam. Tunjuklah selagi boleh tunjuk (tayang aurat). Itukah yang dimaksudkan dengan gambar ini?” ujar salah seorang pengguna.

Enggan berdiam diri, Sakinah dilihat membalas komen berkenaan dengan berkata bahawa, sebagai seorang lelaki dia boleh sahaja menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Selain menerima komen-komen berbentuk kecaman, ramai juga pengikutnya meninggalkan komen meminta supaya Sakinah menjadi aib keluarga dan diri sendiri.

“Ya Allah, tutup aib dan auratnya serta maruah keluarga yang dikenali ramai daripada dilihat. Saya seorang peminat setia,” kata salah seorang peminatnya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto berkemban dengan hanya berkain batik sambil menyepit sebatang rokok pada jarinya.

Walaupun hebat dihentam netizen, Sakinah dilihat tidak mudah melenting dan menerima teguran dengan hati terbuka. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI