fbpx

Peminat cair, tengok otot Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAIM DANIEL

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel yang dahulunya memiliki tubuh kurus kering, sekarang ini nampaknya sudah semakin sado dan kekar sungguh!

Gigih nampaknya penyanyi yang popular dengan lagu Purnama itu membentuk otot-otot badannya supaya nampak berketul-ketul.

Baru-baru ini, sekeping foto yang dikongsikan Naim dalam Instagramnya telah mengundang perhatian peminat apabila dia mempamerkan bentuk tubuhnya yang kelihatan semakin sasa.

Rata-rata memuji semangatnya untuk membentuk badan idaman. Tidak kurang juga apabila ada dalam kalangan peminat meninggalkan komen ‘manja’ pada gambar tersebut.

“Abang Naim jangan buat iman saya lemah,” kata seorang pengikutnya.

Nakal betul komen-komen peminat Naim, terutama dalam kalangan wanita. Diva percaya kalau usaha ini dikekalkan tidak mustahil Naim Daniel boleh jadi seperti Dwayne Johnson suatu hari nanti.

DIVA: Rasa seronok bila dapat tahu Anju dah rujuk semula dengan suaminya, Yas baru-baru ini. Alhamdulillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI