fbpx

Ibarat kisah Puteri Gunung Ledang – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

PETALING JAYA – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) pada Mei 2018 adalah sangat rapuh dan disebabkan rakyat tertipu dengan manifesto serta janji yang dikemukakan oleh mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan itu disebabkan rakyat tertipu dengan manifesto dan janji yang dikemukakan PH bagai permohonan Puteri Gunung Ledang dalam cerita dongeng Melayu yang mudah dilupakan.

“PH tidak salah menjanjikan sedemikian rupa kerana itu semua bukan kitab suci. Kalau kita suci sekalipun boleh disanggah, apatah lagi manifesto dan janji hendak menurunkan harga minyak dalam tempoh kurang 24 jam, menghapuskan tol dan banyak lagi.

“Malah beberapa peristiwa perundangan berlaku, antaranya seperti usaha untuk membebaskan pemimpin tertentu laksana lampu Aladdin yang memanggil jin untuk dilakukan dengan cepat,” katanya menerusi Minda Presiden yang dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Lebih parah, jelas Abdul Hadi, PH berani membuat kenyataan mencabar kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, hak istimewa bumiputera dan beberapa asas dalam Perlembagaan yang lain. Semuanya berlaku sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke Putrajaya.

Abdul Hadi bagaimanapun, bersyukur kerana kerajaan PH tumbang dan diganti dengan Perikatan Nasional (PN) yang berusaha memperbetulkan segala kepincangan dilakukan sepanjang 22 bulan memerintah.

Tambahnya, PH juga telah menunjukkan kegelojohan untuk menentukan kerusi siapa akan menjadi Perdana Menteri, laksana berebut pusaka ketika si ayah masih hidup segar dan masing-masing menunjukkan penumbuk sesama sendiri selepas beberapa hari pilihan raya berlalu.

“Sehingga mereka yang bersama dalam PH mula menyedari, sudah tiada harapan lagi, yang tinggal hanya harapan pada namanya sahaja, kedudukan pakatan politik mereka rapuh, laksana sudah mahu bercerai dan bersedia membahagikan perabot rumah dan membahagi-bahagikan anak pinak.

“Bahkan, sekarang pun mereka sedang berebut anak pinak antara Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR apabila slogan amanahnya berkecai, keadilannya terpilih,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI