fbpx

Vape berkesan untuk membantu perokok berhenti merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kajian terbaharu yang dikeluarkan sebuah organisasi kesihatan awam di United Kingdom yang dikenali sebagai Kesihatan Awam England (PHE) telah mengesahkan bahawa vape atau rokok elektronik (e-rokok) adalah kaedah berkesan membantu perokok berhenti merokok.

Laporan yang dikeluarkan PHE pada akhir Febuari lalu itu turut memaklumkan bahawa menghisap vape adalah 95 peratus kurang bahaya daripada rokok tradisional.

Berdasarkan laporan itu juga, lebih daripada 50,000 perokok berhenti merokok pada tahun 2017 melalui bantuan vape.

“Pada tahun 2020 pula, vape yang mengandungi nikotin itu menjadi produk yang paling popular dalam membantu perokok berhenti di England dengan penggunaannya sebanyak 27.2 peratus.

“Sementara itu, sebanyak 18.2 peratus pula menggunakan kaedah terapi penggantian nikotin seperti tampalan dan gum serta sebanyak 4.4 peratus menggunakan varenicline (ubatan yang diberikan preskripsi untuk mengubati ketagihan nikotin,” kata kenyataan itu.

Jelas PHE lagi, laporan tersebut juga menganggarkan bahawa kira-kira enam peratus atau 2.7 juta pengambil vape dewasa di England dengan kelaziman merokok di negara tersebut terus menurun.

Meskipun data tersebut menunjukkan trend yang positif, PHE juga menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan salah faham mengenai kesan kesihatan disebabkan oleh produk vape berbanding merokok.

Ahli kaji selidik di King’s College London juga menyatakan bahawa pada tahun 2020, 38 peratus mempunyai salah faham terhadap vape yang mana ia berbahaya seperti merokok dan 15 peratus pula percaya bahawa vape lebih berbahaya daripada merokok.

Gambar hiasan

Pengarah Penambahbaikan Kesihatan PHE, John Newton menjelaskan, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang penghisap rokok ialah dengan berhenti secara keseluruhan.

“Kajian telah membuktikan bahawa vape ialah salah satu daripada cara terbaik untuk membantu lebih daripada 50,000 perokok berhenti setahun,”ujarnya.

Di Malaysia, pelbagai kumpulan daripada industri vape tempatan telah menyeru pihak kerajaan mengawal selia produk vape terutamanya dalam membenarkan penggunaan nikotin dalam e-cecair.

“Ini kerana cukai eksais telahpun diperkenalkan ke atas produk vape tetapi tidak dikenakan keatas produk yang mengandungi nikotin dan sehingga kini, tiada kawal selia diperkenalkan ke atas industri vape yang sedang berkembang.

“Produk vape telah memasuki pasaran tempatan pada tahun 2006 dan penggunaannya telah menarik minat ramai terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini sebagai satu alternatif kepada rokok tradisional,”ujarnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), kini terdapat 1.12 juta penghisap vape di Malaysia.

Sebuah kajian telah dijalankan oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) bertajuk Kajian Industri Vape Malaysia telah memberikan penerangan lebih mendalam tentang mengapa rakyat Malaysia memilih vape.

Berdasarkan kajian tersebut, 94 peratus daripada pengguna vape Malaysia mempunyai sejarah menghisap rokok dan antara sebab mereka memilih vape ialah untuk berhenti merokok (57%) dan kerana vape kurang berbahaya berbanding menghisap rokok (56%).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI