fbpx
FOFANA (kiri) mengalami kecederaan otot dan masih belum pulih sepenuhnya, namun Rodgers terpaksa menggunakan khidmatnya bertemu Brighton awal pagi esok. - AFP

Rodgers ambil risiko turunkan Fofana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers sedia mengambil risiko dengan menurunkan pemain pertahanan, Wesley Fofana dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton di Stadium Amex awal pagi esok.

Bek tengah berusia 21 tahun itu dilaporkan masih belum mencapai tahap kecergasan terbaiknya walaupun bermain hampir 30 minit sebagai pemain simpanan sewaktu seri 1-1 dengan Burnley di Stadium Turf Moor kelmarin.

Ia ekoran kecederaan otot dialami bintang muda Perancis itu ketika bertemu Leeds pada 31 Januari lalu sehingga terlepas lapan perlawanan dalam semua kejohanan termasuk lima aksi EPL, satu Piala FA dan dua Liga Europa.

“Saya gembira melihat prestasinya bertemu Burnley. Dia menunjukkan perkembangan yang positif dan mungkin tidak perlu mengambil masa lama untuk kembali ke tahap sebenarnya sebelum alami kecederaan sebelum ini.

“Dia juga tidak menunjukkan sebarang masalah dalam sesi latihan sejak kebelakangan ini. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan turunkan dia bermain untuk menguatkan benteng pertahanan kami,” kata Rodgers.

Ketiadaan Fofana dan enam lagi pemain utama disebabkan kecederaan telah menjejaskan kecemerlangan Leicester yang terpaksa ‘berputih mata’ tersingkir daripada Liga Europa dan kini masih belum meraih kemenangan EPL dalam dua perlawanan terakhir.

Enam pemain berkenaan adalah James Maddison yang mengalami masalah di bahagian pinggul, Harvey Barnes (lutut), Jonny Evans (betis), James Justin (Anterior Cruciate Ligament), Ayoze Perez (lutut) dan Dennis Praet (hamstring). – AGENSI

POPULAR