fbpx

Lima kereta tenggelam dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Lima buah kereta tenggelam dalam kejadian banjir kilat di Taman Krubong Perdana di sini susulan hujan turun berterusan kira-kira dua jam bermula pukul 5.30 petang tadi.

Difahamkan, kesemua pemandu dan penumpang yang berada dalam kenderaan tersebut bagaimanapun berjaya keluar menyelamatkan diri masing-masing.

Seorang pengguna jalan raya sempat merakamkan situasi cemas itu menerusi klip video berdurasi 27 saat yang turut tular di media sosial memaparkan kelima-lima kenderaan itu ditenggelami air hampir pada paras bumbung.

Kenderaan lain yang menghala ke laluan sama juga dilihat terpaksa menggunakan lorong berlawanan arus bagi mengelak kawasan banjir tersebut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, setakat pukul 8.30 malam tadi, lima kawasan telah terjejas ekoran dilanda banjir kilat.

“Kawasan terjejas adalah Pengkalan Rama Pantai, Taman Merdeka, Taman Sri Krubong, Taman Krubong Jaya dan Kampung Tampoi.

“Bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI