fbpx

9,892 orang di Perak terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal (dua dari kanan) merasmikan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Kampung Ulu Chepor Tambahan di Ipoh hari ini.

IPOH – Seramai 9,892 orang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh lima hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama dilaksanakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya belum mendapat jumlah sebenar mereka yang mendaftar untuk program itu namun menyasarkan lebih 80 peratus rakyat Perak menerima suntikan berkenaan.

Katanya, pelbagai kempen akan digerakkan bagi menggalakkan penyertaan ramai termasuk melakukan pendaftaran secara manual menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Ada penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses internet, jadi kita minta penghulu dan ketua kampung untuk edar borang dan buat pendaftaran secara manual.

“Kita juga sedang berusaha menerusi banyak kempen lain termasuk khutbah dan kuliah agama, malah teks khutbah sendiri adalah mengenai kepentingan mengambil vaksin untuk diri dan orang lain.

“Alhamdulillah, teks khutbah itu dibaca di seluruh masjid dan surau diri jumaat di negeri ini minggu lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Kampung Ulu Chepor Tambahan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI