fbpx

Rumah usang menanti rebah dibantu PUNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (dua kiri) bersama Noryah (dua kanan) di hadapan rumah usang itu di Jalan Pantai Rasa Sayang, Sungai Burong, hari ini.

KUALA SELANGOR – Ibarat menanti rebah ke bumi. Begitu keadaan rumah pusaka usang dan reput didiami seorang wanita warga emas di Jalan Pantai Rasa Sayang, Sungai Burong di sini.

Keadaan itu mendapat perhatian daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang membantu membina rumah di kawasan sama.

Noryah Mohamed, 69, yang masih bujang dan tinggal bersendirian di rumah itu memberitahu terpaksa menadah air hujan dengan baldi terutama ketika hujan kerana atap zink bocor.

Katanya, tiang utama dan lantai bahagian depan rumah juga reput akibat dimakan anai-anak sejak dua tahun lalu.

“Keadaan rumah yang usang menyebabkan saya terpaksa berteduh di dapur terutama waktu hujan malah kadang-kadang ‘bermandi’ air hujan dalam rumah sendiri disebabkan bumbung bocor.

“Hendak baik pulih tidak mampu berikutan tidak mempunyai sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar yang meninjau dan menyerahkan surat kelulusan rumah bantuan khas berkenaan.

Tambah Noryah yang merupakan asnaf LZS itu, sumbangan tersebut dianggap sebagai hadiah paling bermakna sejak menetap di rumah berkenaan selama 65 tahun.

“Impian saya sememangnya mahu tinggal di kediaman lebih selesa dan selamat di atas tanah pusaka sama.

“Saya amat menghargai pemberian rumah PUNB itu yang dijangka disiapkan dalam tempoh sebulan,” ujarnya.

Sementara itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pihaknya setakat ini mengenalpasti sebanyak empat rumah baharu bakal dibina manakala dua dibaik pulih dalam kawasan parlimen tersebut.

“Senarai semua penerima itu diperoleh menerusi LZS yang terdiri daripada asnaf dan layak menerima bantuan dengan kos pembinaan sebuah rumah berjumlah RM30,000,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI