fbpx

Bazar Ramadan di Teluk Intan boleh beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Berita gembira buat penduduk di daerah ini apabila Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) membenarkan pembukaan bazar Ramadan secara terkawal di kawasan pentadbirannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana aktiviti ekonomi yang dijalankan ketika ini.

Antaranya di pusat bandar Teluk Intan iaitu di tapak bazar Ramadan Jalan Mahkota melibatkan 124 petak niaga, pekan Simpang Empat di Hutan Melintang iaitu di Taman Mesra (58) dan tapak pekan Rabu, Langkap (128).

Yang Dipertua MPTI, Ismail Ibrahim berkata, pembukaan bazar Ramadan ini adalah berdasarkan senarai aktiviti yang dibenarkan dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan semasa yang berkuatkuasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, menerusi perintah tersebut ia melibatkan rantaian aktiviti ekonomi dan industri berkaitan seperti operasi pasar pagi, pasar malam dan pasar tani.

“Namun, pelaksanaan tindakan ini adalah masih tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa oleh pihak (MKN).

“Sekiranya arahan semasa MKN tidak membenarkan bazar Ramadan maka pihak MPTI akan melaksanakan konsep perniagaan atas talian atau pembukaan gerai-gerai sedia ada atau penjaja seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lalu,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI