fbpx

2,154 kes baharu, 3,275 pesakit sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,154 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 310,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 2,149 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 22,034 kes.

“Selain itu, terdapat 3,275 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 286,904 kes.

“Terdapat enam kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,159 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 184 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI