fbpx

[VIDEO] Khemah peniaga rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 30 gerai peniaga makanan di Kayangan, Kepala Batas rosak diterbangkan angin petang tadi.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 30 buah khemah peniaga makanan jalanan di Kayangan, Kepala Batas di sini rosak akibat diterbangkan angin kencang petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, namun melibatkan kerugian kepada peniaga kerana makanan yang dijual dan peralatan berniaga rosak.

Peniaga tauhu begedil, Wan Mohd. Mustaqim Wan Azizan, 33, berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan peniaga hanya mampu menyelamatkan diri selain melihat peralatan perniagaan ditiup angin.

“Semasa kejadian saya pulang ke rumah sekejap sebelum dihubungi isteri dan melihat semuanya sudah musnah ketika kembali semula.

“Kejadian seperti ini kerap berlaku di sini, tetapi kali ini yang paling teruk apabila kesemua peralatan dan makanan yang dijual musnah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila rakaman video di tempat kejadian dikongsikan orang ramai.

Video itu memaparkan beberapa khemah peniaga rosak dan musnah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI