fbpx
Perancang utama yang mengatur pemandu e-hailing menjadi tekong darat membawa PATI

Perancang tekong e-hailing kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kegiatan seorang lelaki yang menjadi perancang utama dalam mengatur pergerakan tekong dalam kalangan pemandu aplikasi e-hailing berakhir selepas dia diberkas di pesisir pantai Kampung Tok Muda Kapar di sini dalam dua serbuan berasingan kelmarin. 

Dalam operasi hampir empat jam bermula pukul 2.30 petang itu, pihak berkuasa turut menahan seorang tekong darat wanita yang merupakan pemandu e-hailing.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 31 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, sebelum itu, pihaknya menahan Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tok Muda. 

Terdapat empat individu dengan tiga daripadanya merupakan warga Indonesia berusia 26 hingga 38 tahun. Mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri.

Wanita warga asing yang ditahan.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga warga Indonesia telah berada di Dataran Tok Muda sejak pukul 4 pagi hari sama selepas memasuki negara menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Kampung Tok muda. 

“Mereka membayar RM3,000 seorang sebelum dibawa ke lokasi penghantaran oleh tekong darat wanita itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. 

Penangkapan perancang utama yang juga pemandu e-hailing itu dilakukan selepas lelaki tiba-tiba muncul dan cuba meraih simpati bagi melepaskan rakan wanita itu. 

Pemandu e-hailing yang ditangkap

Rizal menambah, pihaknya yang curiga berhubung situasi itu kemudiannya memeriksa telefon bimbit milik lelaki itu sebelum mendapati dia merupakan perancang membawa PATI tersebut sebelum terus menahannya. 

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pemandu e-hailing telah menjadi tekong darat sejak setahun lalu dengan mengenakan bayaran di antara RM100 hingga RM150 mengikut lokasi penghantaran. 

“Tekong lelaki itu dikatakan mempunyai rangkaian luas dan mengatur perkhidmatan e-hailing bagi menyambut atau mengambil mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah berjaya mendarat di Malaysia,” ujarnya. 

Kesemua suspek termasuk barangan rampasan di bawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. 

 

habis//