fbpx

Uniform singkat, tak perlu persoalkan – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

PETALING JAYA – “Mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu.”

Itu respons pelakon yang juga penyanyi, Daiyan Trisha berhubung uniform sekolah menengah yang singkat sebagai kostum watak lakonannya menerusi drama bertajuk Projek Anchor SPM.

Daiyan, 28, berkata,pakaian seragam yang digunakan untuk watak gadis tingkatan lima bernama Aaida dalam drama berkenaan tidak patut menjadi isu kerana itulah tuntutan bagi mewarnai jalan cerita.

“Watak dan karakter dalam drama tersebut direka bagi mencantikkan seluruh plot. Bagi saya, uniform itu  tidak perlu dijadikan isu besar kerana tidaklah terlalu pendek dan lebih kurang sama dengan apa yang dipakai pelajar sekolah.

DAIYAN melakonkan watak pelajar berusia 17 tahun dalam drama bersiri terbaharu bertajuk Projek Anchor SPM.

“Mungkin posisi duduk dalam sesetengah adegan yang menampakkan seperti uniform itu kelihatan singkat. Walhal, sebenarnya tidaklah begitu pendek dan tak perlu dijadikan isu besar,” kata Daiyan kepada K! Online ketika sidang media secara virtual anjuran Astro hari ini.

Isu berkenaan tercetus apabila ada segelintir netizen mempersoaltan ‘tahap labuh’ uniform sekolah yang dipakai Daiyan menerusi beberapa perkongsian dalam Instagramnya. Menerusi gambar yang dirakamkan dalam posisi duduk tersebut di bangku sekolah, skirt yang dipakai Daiyan tertarik ke atas sehingga menampakkan pahanya.

Bercakap tentang naskhah tersebut, pemilik nama penuh, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin bersyukur kerana masih diberikan kepercayaan menggalas watak pelajar sekolah biarpun sudah berusia 28 tahun. 

Diberikan tanggungjawab melakonkan watak sedekad lebih muda daripada usia sebenar, Daiyan Trisha menjadikan kehidupan zaman sekolah kakaknya sebagai rujukan.

“Aaida pelajar pintar di sekolah yang dibebani harapan tinggi daripada bapanya lakonan Tony Eusoff. Semua itu menjadi tekanan buat dirinya. Bapa bukan saja mahukan anaknya berjaya, sebaliknya mengharapkan kesempurnaan dalam semua aspek.

Sudah berusia 28 tahun tetapi Daiyan masih dilihat sesuai melakonkan watak gadis remaja.

“Saya bersyukur kerana pada usia begini, tetap diberikan kepercayaan untuk membawakan watak pelajar berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan. 

“Mengambil kisah hidup kakak sendiri sebagai rujukan, saya banyak bermain ketika di bangku sekolah dulu. Manakala, kakak pula pelajar pintar dengan keputusan cemerlang,” kata Daiyan.

Daiyan berkongsi, figura kakaknya yang kini bergelar doktor banyak menjadi contoh untuk direalisasikan menerusi watak Aaida. 

Selain Daiyan, drama lapan episod terbabit turut menampilkan Aedy Ashraf, Sasha Abedul, Nadhir Nasa dan Adlin Aman Ramlie.

Projek: Anchor SPM arahan Razaisyam Rashid menerusi jenama Astro Originals bakal ditayangkan menerusi Astro Citra saluran 108 (HD)/ 128 (SD) bermula 15 Mac ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI