fbpx

Syarikat kuari dikesan bina relau haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pegawai penguat kuasa pelbagai agensi memeriksa relau yang dibina secara haram dalam operasi bersepadu di Keramat Pulai semalam.

IPOH – Sebuah syarikat kuari bakal berdepan tindakan undang-undang kerana mendirikan sebuah relau secara tidak sah di atas tanah milik kerajaan di dalam zon kuari di Kawasan Perindustrian Keramat Pulai dalam Operasi Bersepadu Jabatan Alam Sekiar (JAS) Perak dekat sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan berhubung kewujudan sebuah premis di kawasan perindustrian yang didakwa beroperasi tanpa kebenaran.

Menurut beliau, selain pihak JAS Perak, operasi itu turut disertai agensi-agensi lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Majlis Daerah Batu Gajah dan polis.

Katanya, hasil memeriksaan mendapati syarikat berkenaan telah membina sebuah relau secara haram di atas tanah milik kerajaan di dalam zon pengkuarian dan telah menjalankan aktiviti pembakaran bahan buangan terjadual.

“Adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak sekiranya menduduki atau membina apa-apa struktur di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau kawasan perlombongan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh Pejabat Tanah Daerah dengan menghantar notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara pada pemilik untuk merobohkan relau yang dibina di dalam zon pengkuarian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara selama setahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI