fbpx

Pasangan tunang didakwa mengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Amirul Aliff (kanan) dan Nurin Rasyiqag Adabiah (kiri) dihadapkan atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasangan tunang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien pada dua minggu lalu.

Tertuduh pertama, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh, 22, yang merupakan penganggur menghadapi tujuh pertuduhan manakala tunangnya, Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21, pula berdepan dua pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Mohamad Amirul Aliff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine masing-masing seberat 1,797.7 gram dan 833.7 gram di belakang rumah di Jalan Jambu Bongkok, Kampung Jambu Bongkok, Marang pada pukul 1.10 pagi, 20 Februari lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin dengan seberat 1,096.8 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mohamad Amirul Aliff turut didakwa dua lagi pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat 152.1 gram dan 65.3 gram di tepi jalan kawasan Kampung Jambu Bongkok, Marang pada pukul 1 pagi hari sama mengikut Seksyen 39B (1) (a) akta sama.

Dia turut berdepan berdepan pertuduhan yang dibacakan bersama tertuduh wanita iaitu mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 102.1 gram mengikut Seksyen 39B (1) (a) akta sama.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa memiliki dadah jenis kodein dengan berat kasar 4.5 liter mengikut Seksyen 12(2) akta sama.

Kosmo! 23 Februari lalu melaporkan hasrat pasangan tunang untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka ditahan bersama dadah bernilai RM565,150 di Kampung Jambu Bongkok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI