fbpx
Faizal (tiga dari kanan) Mohamad (dua dari kanan) berbual selepas pertemuan antara kedua pihak di pejabat PKNS hari ini. FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

1,656 pemilik Pangsapuri Seri Perantau duduki rumah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penantian selama 18 tahun bagi 1,656 pemilik Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang di sini menduduki rumah itu bakal tercapai pada tahun depan.

Ini susulan pertemuan selama tiga jam bermula pukul 2 petang antara wakil penduduk bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Faizal Dollah, pihaknya akan bekerjasama dengan penduduk untuk memastikan perkara tersebut dapat menemui jalan penyelesaian terbaik.

“PKNS sebagai pemaju bertanggungjawab akan memastikan keselesaan penduduk di projek perumahan kami.

“Sebagaimana kenyataan sebelum ini, Sijil Layak Menduduki (CF) telah ada dan dalam proses menyiapkan hakmilik strata sahaja,” katanya selepas pertemuan tersebut di pejabat PKNS hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan impian seramai 1,656 pemilik Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang di sini menduduki rumah itu yang dibeli sejak 18 tahun lalu terus menemui jalan buntu apabila perumahan itu tidak mempunyai CF dan geran hak milik strata.

Bagaimanapun, PKNS kemudiannya tampil menafikan dakwaan penduduk dengan CF telah diperolehi pada tahun 2006 dan hakmilik strata sedang diproses pihaknya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri Seri Perantau (JBPSP), Mohamad Mat Zain menegaskan pihak berpuas hati dengan hasil pertemuan dengan difahamkan hakmilik strata tersebut akan diperolehi pada tahun depan.

“Ketika ini, ada beberapa perkara perlu diselesaikan melibatkan beberapa pihak berkuasa sebelum proses mendapat hak milik strata itu dapat direalisasikan.

“Sudah tentu, ini merupakan khabar gembira selepas tertekan apabila terpaksa membayar ansuran bulanan yang telah berjaya dilunaskan tanpa menduduki rumah itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN