fbpx

Terusan Venice kering lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN terusan Venice yang kering sehingga dasarnya jelas kelihatan. - DAILY MAIL

VENETO, ITALI – Terusan di bandar Venice, Itali, kering buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun berpunca daripada air laut yang surut dan kurangnya hujan di kawasan tersebut, lapor akhbar Daily Mail.

Gondola-gondola terkandas di dasar terusan yang kering selepas air surut hampir 48 sentimeter (sm) di bawah aras laut Sabtu lalu. Ramalan cuaca menyatakan air laut akan surut lebih rendah minggu ini.

Fenomena air surut ekstrem itu dikatakan mempunyai kaitan dengan bulan penuh pada Februari yang dikenali sebagai ‘bulan salji’.
Gelaran bulan salji itu berikutan salji turun paling lebat di sebahagian besar hemisfera utara pada Februari.

Terusan kontang itu juga dikaitkan dengan cuaca tekanan tinggi di seluruh Itali bulan lalu yang mengakibatkan awan kurang terbentuk dan tiada hujan.

Pada Januari 2018, paras air laut di terusan Venice turun lebih rendah iaitu 66sm di bawah aras laut manakala rekod sepanjang zaman dicatatkan pada bulan Februari 2008 apabila air surut 83sm di bawah aras laut, demikian menurut media Itali.

Pihak berkuasa Venice berkata bahawa ‘pada hari bulan baharu dan bulan penuh, kesan graviti matahari dan bulan menyebabkan kadar pasang surut tertinggi berlaku dan fenomena tersebut boleh diramal untuk tempoh beberapa tahun akan datang – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI