fbpx

Masjid, surau Terengganu kembali dibenarkan anjur aktiviti keagamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Masjid dan surau di seluruh Terengganu kembali dibenarkan untuk menganjurkan aktiviti pengajian dan agama berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa Jumaat ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran tersebut berikutan pengurangan kes positif Covid-19 semasa di negeri ini telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata, baginda bertitah agar jawatankuasa masjid dan surau serta pengurusan madrasah, surau dan pusat tahfiz terlibat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan.

“Selaras dengan pelaksanaan PKPP di Terengganu, Maidam telah bersetuju memperluas pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di negeri ini setelah mendapat pandangan Jabatan Kesihatan.

“Majlis akad nikah juga dibenarkan di masjid dan surau dengan kapasiti tidak melebihi 20 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata, semua madrasah, pondok dan pusat tahfiz yang berada di bawah kawalan Jabatan Hal Agama Islam Terengganu (JHEAT) juga dibenarkan beroperasi mulai 8 Mac ini.

Beliau memberitahu, mana-mana masjid, surau dan institusi keagamaan lain yang diarahkan tutup mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tidak dibenarkan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh penutupan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI