fbpx

Bekas penyelia pusat refleksologi dituduh rasuah imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chai Kwong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai imigresen, tiga tahun lalu.

ALOR SETAR – Seorang bekas penyelia sebuah pusat refleksologi di Langkawi dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah RM500 kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tiga tahun lalu.

Tertuduh, Kee Chai Kwong, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan Chai Kwong di Pusat Refleksologi Sabai-Sabai, Sandy Beach Resort yang terletak di Jalan Pantai Chenang, Langkawi dekat sini kira-kira pukul 7 malam, 16 Oktober 2018.

Suapan tersebut didakwa diberikan kepada pegawai imigresen terbabit sebagai dorongan untuk melepaskan tiga pekerja wanita warga Thailand yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 39(b) iaitu melanggar syarat pas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI