fbpx

1,555 kes baharu, 2,528 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,555 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,555 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 304,135 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,552 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 24,563 kes.

“Selain itu, terdapat 2,528 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 278,431 kes.

“Terdapat enam kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,141 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang media secara maya di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 204 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 96 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI