fbpx

Warga Pakistan ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati tergantung sementara seorang wanita ditemui mati terbaring dengan kesan jerut di leher dalam satu kejadian di sebuah rumah flat di Jalan Sentosa, dekat sini semalam.

Dalam kejadian tersebut, lelaki yang berusia 41 tahun itu ditemui mati tergantung di kipas ruang tamu manakala wanita berkenaan di temui di bilik tidur dengan ditutupi kain.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik rumah berkenaan kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Berdasarkan laporan, pemilik rumah berkenaan telah menerima panggilan dari penyewa rumah warga Indonesia yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Penyewa rumah yang juga saksi kejadian memberitahu kali terakhir berjumpa kedua-dua mangsa ialah pada semalam kira-kira pukul 7.30 pagi ketika saksi hendak keluar bekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai status hubungan kedua-dua mangsa, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut.

Mengulas lanjut, saksi turut memberitahu kedua-dua mangsa berada dalam keadaan baik.

“Sementara keterangan jiran mangsa menyatakan tidak mendengar sebarang kekecohan atau bunyi bising dari rumah tersebut.

“Hasil siasatan awal pasukan forensik, terdapat kesan lebam sepanjang 15 cm di leher mangsa wanita disyaki dijerut,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI