fbpx

Tujuh pasangan ditangkap khalwat di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menyerbu lima hotel di Butterworth malam tadi dan menahan tujuh pasangan.

SEBERANG PERAI – Sebanyak tujuh pasangan ditahan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) selepas didapati berkhalwat di dalam bilik hotal semasa serbuan di beberapa lokasi di sekitar Butterworth di sini malam tadi.

Operasi bermula pukul 8.30 malam itu menyasarkan lima hotel dan dua restoran membabitkan pasukan polis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Kementerian Kesihatan dan JAIPP.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, JAIPP menahan 14 individu membabitkan tujuh pasangan berusia di antara 24 hingga 40 tahun yang dipercayai berkhalwat.

“Selain itu, pemilik sebuah restoran turut disaman MBSP kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen dan dikompaun kerana tiada permit kerusi meja di kaki lima kedai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi berkenaan melibatkan 75 anggota termasuk pegawai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI