fbpx

Demam ‘Lisa Blackpig’ Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

DISEBABKAN kerjaya seninya terjejas gara-gara kontroversi artis K-pop yang hangat dibicarakan ramai sejak minggu lalu, pelakon Janna Nick nekad mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang mencetuskan provokasi.

Tindakan Janna menamakan satu watak dalam telefilem arahannya berjudul Delen dengan panggilan ‘Lisa Blackpig’ mengundang padah apabila dikecam hebat netizen sehingga wujudnya tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty dan sohor kini dalam Twitter.

Lebih memburukkan keadaan, video lama pengacara Melodi itu yang dikatakan pernah mempersendakan kematian penyanyi kumpulan SHINee, Kim Jong-hyun pada 2017 kembali diungkit dan menimbulkan amarah ramai.

Pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner yang tampil mengadakan sidang akhbar secara virtual baru-baru ini turut mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh susulan tercetusnya kontroversi tersebut.
Dikutuk dan dituduh memberi imej buruk Malaysia di mana peminat K-pop sedunia, Janna menyimpulkan beberapa perkara yang turut mencalar reputasi dirinya sebagai selebriti.

BIARPUN sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun Janna nekad mengheret pencetus provokasi isu peminat K-pop ke muka pengadilan.

POSE: Adakah isu yang timbul memberi kesan terhadap kerjaya seni Janna?
JANNA: Sememangnya ada memberi kesan. Disebabkan itu saya mengambil tindakan untuk mengenakan tuntutan pampasan kepada pihak yang memulakan provokasi. Sehingga menjadikan isu ini sebagai perkara yang besar dan tidak dapat dikawal oleh pihak saya.

Kredibiliti anda sebagai hos program sensasi Melodi turut dipersoalkan kerana sering terpalit kontroversi. Apa komen anda?
Saya tidak pernah menganggap menjadi seorang pengacara Melodi sebagai satu kebebasan untuk saya mencipta kontroversi. Hal ini kerana perkara sebegitu boleh datang daripada pelbagai pihak, bukannya tercetus daripada saya sendiri.
Pihak Melodi dan TV3 memahami situasi yang berlaku selepas saya menjelaskan perkara sebenar kepada mereka.

Mengapa anda nekad untuk meneruskan saman terhadap individu yang dikatakan mencetuskan provokasi?
Selepas saya menyahaktif Instagram berikutan kes tular tersebut, muncul pula individu mengeluarkan kenyataan lain yang berbangkit.
Dakwanya, saya ada membalas komen seseorang yang memberi teguran supaya saya tidak mempersendakan orang yang sudah meninggal dunia.
Individu itu menulis saya ada membalas komen dengan ayat ‘ustaz peminat k-pop eh, jangan taksub sangat’. Saya berasakan perkara tersebut terlalu memfitnah saya.
Saya dianiaya kerana komen tersebut bukan daripada saya.
Saya juga menerima banyak kecaman berhubung perkara tersebut. Saya terima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa mengambil tindakan polis.

NAMA watak dalam telefilem Delen, Lisa Blackpig mengundang amarah peminat K-pop.

Segelintir peminat K-pop terguris dengan panggilan Lisa Blackpig yang dikatakan ditujukan buat seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban. Apa pendapat anda mengenai isu berkenaan?
Bagi isu Lisa Blackpig, saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terguris hati akan kapsyen tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI