fbpx

Angkasa salur RM20 juta peruntukan pendidikan anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah pada majlis perasmian penutup program motivasi pelajar pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA secara atas talian sesi 2021 di Auditorium Wisma Ungku Aziz, Petaling Jaya. FOTO: FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pendidikan anak-anak dan anggota koperasi melalui Yayasan Koperasi.

Presiden Angkasa, Datuk Fattah Abdullah berkata, sehingga Disember lalu, Yayasan Angkasa telah mengagihkan pembiayaan sejumlah RM14.578 juta kepada 1,127 orang pelajar.

“Sejumlah RM4, 320,408 pembiayaan telah diubah kepada biasiswa yang melibatkan 549 orang pelajar.

“Angkasa juga telah memperuntukkan sebanyak RM1. 1 juta untuk perlaksanaan pembangunan pendidikan,” jelasnya pada Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Secara Dalam Talian sesi 2021/22 di Bangunan Engku Aziz Angkasa dekat sini hari ini.

Majlis Perasmian Penutup itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI