fbpx
MAWAR RASHID bersama bayi perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta.

Anak Mawar kena ‘face shamming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selalunya kita hanya mendengar cerita tentang artis menjadi mangsa body shaming atau sindir badan daripada netizen tetapi berbeza pula kes dengan pelakon Mawar Rashid.

Baru-baru ini, wajah anak bongsu Mawar dikutuk kerana dikatakan tidak secomel dan secantik wajah si ibu, atau iras suaminya, Raf Yaakob.

Perkara tersebut tercetus selepas seorang netizen meninggalkan komen menerusi foto terbaharu Mawar bersama bayi comelnya, Raden Seri Rosabella Cinta yang baru berusia dua bulan dalam Instagram.

Secara terang-terangan, netizen itu mempersoalkan mengapa kedua-dua anak pasangan berkenaan tidak comel seperti ibu dan bapa mereka.

“Kenapa kedua-dua anak mereka tidak comel, pada hal ibu bapanya cantik dan kacak,” ujar individu berkenaan.

Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat perhatian pengguna Instagram lain yang rata-ratanya menganggap kata-katanya sangat biadab dan keterlaluan.

“Budak kecil begitu pun kau nak body shaming ke? Nanti dia besar mesti cantik, muka akan berubah ya,” ujar seorang netizen.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, Mawar tidak membalas walaupun sepatah ayat terhadap si individu berkenaan.

Kalau kes begini, tak perlu balas pun komen yang tidak diundang begitu. Tenang dan biarkan saja. Diva tengok comel apa anak Mawar.

DIVA: Semakin banyak pula tatu yang kelihatan pada badan seorang pelakon wanita. Tatu dakwat pen agaknya.