fbpx

2,364 kes baharu, 3,320 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,364 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,364 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 298,315 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, daripada jumlah tersebut, satu adalah kes import manakala sebanyak 2,363 kes penularan tempatan.

Menurutnya, terdapat 3,320 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 270,166 kes.

“Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 862 diikuti Johor (314), Perak (305) dan Sarawak (255),” katanya.

Mengulas lanjut KKM berkata, terdapat 10 kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,121 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

Katanya, sebanyak 190 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 99 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI