fbpx

NGO beri kelas percuma bantu pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pasca Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Setiausahanya, Akmal Fitry Suhaimi berkata, bantuan pembelajaran berterusan itu dapat membantu pelajar menimba ilmu dalam pelbagai cara pada norma baharu ini.

“Kita perlu perbanyakkan kelas-kelas percuma secara dalam talian atau secara bersemuka dengan mematuhi standard prosedur (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi pelajar yang berada di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif ini amat penting kerana pelajar kita telah melalui setahun yang mencabar. Kebanyakan pembelajaran terkebelakang akibat wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal Fitry berkata, masyarakat tidak boleh menyalahkan kerajaan dalam isu pembelajaran kerana masalah yang berlaku hari ini bersifat global.

Menurut beliau, rakyat sebaliknya perlu membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

“Inilah masa untuk mereka yang berkebolehan menyumbang kepada anak-anak bangsa,” katanya.

Jelas beliau, Intelek sendiri telah melaksanakan 14 sesi Teknik Menjawab Soalan SPM dan tujuh siri motivasi secara dalam talian serta dua siri motivasi secara semuka yang memanfaatkan lebih 10,000 pelajar seluruh negara.

“Kami akan meneruskan aktiviti ini secara berkala dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan NGO lain dalam usaha memperkasakan pelajar,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI