fbpx

KWP nafi KSU terbabit dalam iklan pelaburan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iklan pelaburan haram yang menggunakan wajah Rosida.

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) hari ini menafikan pembabitan Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya, Datuk Seri Rosida Jaafar dalam sebuah syarikat pelaburan patuh syariah.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat petang tadi bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap sebuah laman Facebook kerana didapati menggunakan wajah Rosida dalam iklan pelaburan itu bertujuan memperdaya orang awam.

Menerusi kenyataan dikongsi di Facebook, KWP menjelaskan Rosida tiada kaitan dengan laman pelaburan itu.

Malah, iklan pelaburan itu juga tiada kaitan dengan KWP.

“Posting (hantaran) yang dibuat oleh scammer ini cuba memperdayakan orang ramai untuk membuat pelaburan haram.

“Malah, ia juga sangat berniat jahat serta cuba mencemarkan imej Ketua Setiausaha KWP,” katanya.

Katanya, mangsa-mangsa yang sudah terpedaya dengan skim pelaburan itu dikehendaki membuat laporan polis dengan segera.

Susulan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini petang tadi bagi membolehkan satu siasatan dilakukan.

Berdasarkan laporan polis dibuat, Ketua Setiausaha KWP tidak pernah memberi kebenaran bagi penggunaan gambar rasmi beliau pada iklan sebuah syarikat pelaburan dikenali sebagai Hanifa Capital. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI