fbpx

Empat premis curi elektrik diserbu, nilai rampasan RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kiri) menunjukkan antara 221 mesin bitcoin yg dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak hari ini. /Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Polis berjaya membongkar kegiatan mencuri bekalan elektrik untuk aktiviti perlombongan bitcoin di daerah Tapah apabila menyerbu empat buah premis semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan tersebut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bersama sepasukan juruteknik khas Tenaga Nasional Berhad (TNB) Batang Padang.

Katanya, dalam serbuan Op Bersepadu Bitcoin itu, polis merampas pelbagai barang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut yang mengakibatkan kerugian besar kepada TNB.

“Menerusi serbuan itu, kita merampas 221 unit mesin bitcoin bersama power supply, 12 unit mesin server, empat unit suis utama dan dua unit monitor.

“Antara barangan lain yang turut dirampas alat pemprosesan komputer, papan kekunci, tetikus, 12 unit modem internet dan 221 unit wayar penyambung yang keseluruhan rampasan bernilai RM500,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, siasatan mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan bulanan sehingga RM1.5 juta.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemilik premis dan suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN