fbpx

1,000 ekor ikan hiasan musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIZAL menunjukkan ternakan ikan hiasan yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu di Lot 3831, Tanjung Bungah, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Seorang penternak ikan hiasan merayu campur tangan wakil rakyat dalam membantunya meneruskan aktiviti pertanian bandar di Lot 3831, Tanjung Bungah di sini.

Rayuan itu buat Shahrizal Ahmad, 34, selepas berdepan kerugian sehingga RM30,000 setelah pelbagai jenis ikan hiasan termasuk ikan laga serta gapi yang diusahakannya di lot tanah itu dimusnahkan pada Jun 2020.

Antara ikan laga yang diternaknya adalah jenis Super Red, Platinum, Plakat, Half Moon, Samurai dan Super Black dengan harga jualan antara RM30 hingga RM300 seekor, manakala sepasang gapi dijual sehingga RM40.

Shahrizal berkata, tanah yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu itu adalah tapak tanaman ubi kayu serta tapak rumah datuknya.

Dia yang bekerja di sebuah hotel di Batu Feringghi mengakui lot berkenaan yang terletak bersebelahan kuarters kakitangan Jabatan Kerja Raya itu adalah milik kerajaan negeri yang telah dijaganya sejak sekian lama.

“Sudah tiga tahun saya mengusahakan ternakan ikan hiasan serta tanaman pokok herba tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.

“Jualan dibuat di Facebook dan WhatsApp. Hasilnya dapat membantu menambah pendapatan saya yang terjejas akibat Covid-19. Sekarang ini, saya hanya menerima suku daripada bayaran gaji pokok bekerja di hotel.

“Bagaimanapun, kawasan pemeliharaan ikan dan tanaman pokok herba yang diusahakan saya telah dimusnahkan pihak berkuasa tanpa sebarang notis pada 11 Jun tahun lalu,” katanya
ketika ditemui Kosmo! semalam.

Shahrizal mendakwa, dianggarkan 1,000 ekor ikan hiasan masing-masing terdiri 20 spesies ikan laga dan tujuh jenis ikan gapi mati setelah bekas serta akuarium ternakan itu ditiarap ke tanah.

“Saya kecewa dengan tindakan sedemikian tanpa membuat sebarang rundingan. Saya berdepan kerugian hampir RM30,000.

“Saya pernah hantar surat permohonan untuk menjadikan lokasi ini sebagai tapak tanaman organik kepada wakil rakyat, namun belum ada jawapan.

“Malah, saya menerima notis pencerobohan tanah kerajaan serta peringatan akhir pengosongan yang bertarikh 3 November tahun lalu dan 11 Februari lalu.

Selepas ini, saya tak tahu di mana lagi saya mahu usahakan aktiviti ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI